“Seungu mawar itu”, mengisahkan pengalaman baru bagi Noor, adiknya, Aleena dan Hanee. Mereka bertiga berpindah ke sekolah di Los Angeles. Bapa Noor telah ditugaskan oleh ibu pejabat beliau ke cawangan di Los Angeles, California, USA. Sebagai Muslimah yang bertudung, mereka dipandang asing oleh rakan-rakan sekolah yang tidak faham mengenai Islam. Noor istiqamah dengan pakaian muslimahnya. Beliau tidak mau terikut-ikut dengan cara pakaian penduduk tempatan. “Kalau kita jaga hukum Allah, pasti Allah akan jaga kita”, ayat yang sentiasa bermain dimindanya.